Pages

Monday, November 9, 2015

Maksud Sains Pertanian


Pertanian


       Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.

        Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya,pertanian perindustrian).


          Merupakan satu pengajian sanitifik yang mengandungi Prinsip Amalan Dalam Penanaman, Penternakan, Teknologi dan Pengurusan Ladang. Pelajar juga didedahkan kepada pengetahuan dan kefahaman mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman dan ternakan, serta perladangan sebagai suatu perniagaan. Pelajar didedahkan kepada latar belakang sektor pertanian di Malaysia, pengetahuan dan kefahaman mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman dan ternakan serta perladangan sebagai suatu perniagaan bagi membolehkan pelajar berdikari dan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Teknologi dalam pertanian diberi penekanan bagi membolehkan pelajar memperoleh meklumat tentang kemajuan sektor pertanian mengikut arus perkembangan semasa.

Maklumat lain yang berkaitan:

https://terokaipendidikan.wordpress.com/2012/05/01/apa-itu-sains-pertanian/


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 THE WORLD OF TREE. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.