Latar belakang FPTV
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional telah ditubuhkan pada 1 Jun 2010 bertujuan
untuk mencapai matlamat dalam memperkasakan industri pendidikan dan menjadi pusat rujukan
pendidikan dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional.
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional sentiasa komited dalam membangunkan ilmu
pengetahuan menerusi pengajaran & pembelajaran, penerbitan, penyelidikan, perundingan dan
khidmat masyarakat di dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional bagi memenuhi keperluan
pelanggan dan aspirasi masyarakat semasa.
Kepakaran dan pengalaman tenaga pengajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
dapat membantu siswa dan siswi dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan, bagi meneroka idea
sejajar dengan perubahan global semasa serta dapat bersaing dan berada di atas satu landasan yang
sama dengan institusi pengajian tinggi lain.
Program yang ditawarkan
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional ditubuhkan untuk meningkatkan taraf ilmu pendidikan
teknikal dan vokasional bagi mengisi kekosongan yang diperlukan untuk melahirkan graduan yang
berketrampilan, berintegriti dan profesional bagi memperkasakan profesion perguruan.
Berdasarkan
kepada visi dan matlamat universiti, fakulti ini terarah menjadi pusat kecemerlangan menerusi
pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, khidmat masyarakat dan perundingan.
Bagi memenuhi
hasrat tersebut, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional menawarkan program-program berikut:
• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kemahiran Hidup) Dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga) Dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian) Dengan Kepujian
0 comments:
Post a Comment