Tuesday, December 15, 2015
Monday, November 9, 2015
FRIM tempat pratikal semasa Diploma
Pengenalan dan Latar belakang FRIM
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ialah salah sebuah institusi yang terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985.
Sejak tahun 2003, kedua-dua FRIM dan MFRDB telah dipindahkan ke bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Institut ini terletak di kawasan seluas 544 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di perbandaran Kepong, kira-kira 16 km barat laut dari Kuala Lumpur. FRIM yang diterajui Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sebagai Ketua Pengarah semenjak tahun 2008 telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2000 pada Disember 2007. FRIM kemudiannya telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi pada 10 Februari 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, dan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah akta yang sama pada 10 Mei
Bahagian penyelidikan FRIM dikendalikan mengikut bahagian yang berikut:
· Perhutanan dan Alam Sekitar : Membangunkan teknologi dan menyediakan penyelesaian untuk menyokong dan memastikan pengurusan secara mampan terhadap sumber-sumber dan perkhidmatan ekosistem hutan asli, bandar dan rekreasi.
· Bioteknologi Perhutanan: Membangunkan teknologi dan produk berasaskan sumber kepelbagaian biologi (biodiversiti) hutan dan ladang herba untuk industri berkaitan melalui pendekatan bioteknologi.
· Keluaran Hutan: Memberi tumpuan pada pembangunan penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R,D&C) ke arah peningkatan ketahanan, hayat perkhidmatan dan penggunaan sumber kayu dan bahan-bahan lignoselulosa sedia ada untuk menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti dan bernilai tambah tinggi.
· Biodiversiti Hutan: Menyedia dan membangunkan pengetahuan saintifik penting bagi melindungi biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di Malaysia untuk pengurusan bijak dan mampan.
· Produk Asli: Menyokong agenda bioekonomi negara melalui pemerkasaan industri berasaskan produk semula jadi dengan memastikan keselamatan bekalan bahan mentah bioaktif.
· Ekonomi dan Analisis Strategik: Menjalankan penyelidikan sosioekonomi dan analisis strategik mengenai isu-isu perhutanan dan alam sekitar untuk pembangunan negara.
Hasil penyelidikan FRIM diterbitkan dalam jurnal-jurnal sains yang disemak/diulas oleh rakan-rakan saintis lain dan juga dikongsi dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan yang terlibat dalam pengawalan dan pengurusan hutan, serta industri perhutanan.
Gambar ini adalah aktiviti sepanjang saya pratikal di FRIM:
Maksud Sains Pertanian
Pertanian
Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.
Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya,pertanian perindustrian).
Maklumat lain yang berkaitan:
https://terokaipendidikan.wordpress.com/2012/05/01/apa-itu-sains-pertanian/
Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (FPTV)
Latar belakang FPTV
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional telah ditubuhkan pada 1 Jun 2010 bertujuan untuk mencapai matlamat dalam memperkasakan industri pendidikan dan menjadi pusat rujukan pendidikan dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional.
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional sentiasa komited dalam membangunkan ilmu pengetahuan menerusi pengajaran & pembelajaran, penerbitan, penyelidikan, perundingan dan khidmat masyarakat di dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional bagi memenuhi keperluan pelanggan dan aspirasi masyarakat semasa.
Kepakaran dan pengalaman tenaga pengajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional dapat membantu siswa dan siswi dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan, bagi meneroka idea sejajar dengan perubahan global semasa serta dapat bersaing dan berada di atas satu landasan yang sama dengan institusi pengajian tinggi lain.
Program yang ditawarkan
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional ditubuhkan untuk meningkatkan taraf ilmu pendidikan teknikal dan vokasional bagi mengisi kekosongan yang diperlukan untuk melahirkan graduan yang berketrampilan, berintegriti dan profesional bagi memperkasakan profesion perguruan.
Berdasarkan kepada visi dan matlamat universiti, fakulti ini terarah menjadi pusat kecemerlangan menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, khidmat masyarakat dan perundingan.
Bagi memenuhi hasrat tersebut, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional menawarkan program-program berikut:
• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kemahiran Hidup) Dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga) Dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian) Dengan Kepujian

Latar belakang Ibu Kandung Suluh Budiman
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah Maktab Perguruan hinggalah menjadi sebuah Universiti Pendidikan. Perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era Sultan Idris Training College (SITC), 29 November 1922 - 1957, era Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), 1957 - 1987 dan era Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI), 21 Februari 1987 - April 1997. Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.
Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997. Pada awal penubuhannya, terdapat hanya empat buah fakulti yang menawarkan sepuluh program pengajian. Fakulti-fakulti tersebut adalah Fakulti Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, Fakulti Sains dan Teknologi, dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Jumlah program pengajian bertambah dari tahun ke tahun.
Pada tahun 2002, dua buah fakulti baharu ditubuhkan, iaitu Fakulti Perniagaan dan Ekonomi dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, menjadikan jumlah fakulti sehingga itu enam buah dengan jumlah 19 kursus pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Peningkatan ini menggambarkan perubahan besar yang dilakukan bagi menampung keperluan akademik dan jumlah pelajar yang kian bertambah. Fakulti Sains Sosial dan Kesenian ditukar namanya kepada Fakulti Seni dan Muzik manakala Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Fakulti Sains Sukan ditubuhkan sebagai Fakulti baharu.
Penstrukturan semula Fakulti-Fakulti UPSI telah dilaksanakan pada 1 Jun 2010 untuk meningkatkan daya saing universiti pada masa kini bagi merealisasikan visi dan misi untuk menjadi peneraju inovasi dan kreativiti, penyelidikan, pengkomersilan, reka cipta kreatif dan berimpak tinggi serta melahirkan tenaga manusia kreatif yang akan memajukan ekonomi negara.
Fakulti-Fakulti baharu yang telah ditubuhkan adalah seperti berikut:-
1. Fakulti Sains dan Matematik (FSMT);
2. Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM);
3. Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK);
4. Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK);
5. Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK);
6. Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP);
7. Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK);
8. Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE);
9. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV).